FAEDAH BERSENAM

The following is adapted from Pancaran Bahasa Buku Teks Satu (1994) for learning purposes.

Sebenarnya tubuh manusia memerlukan senaman. Ini berguna untuk membina kemampuan tubuh kita pada tahapnya yang terbaik. Orang yang tidak bersenam hanya menggunakan 27% keupayaannya. Dengan bersenam keupayaan seseorang boleh ditingkatkan kepada 56%. Badan yang cergas dapat melakukan aktiviti dengan tidak berasa letih, bahkan segala kerja dapat disempurnakan dengan penuh keriangan.

Senaman juga boleh menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan. Senaman yang dilakukan secara teratur sangat berguna untuk meningkatkan pembinaan otot. Maka otot-otot akan terbina dengan lebih baik lagi dari segi saiz, kekuatan, kekenyalan, dan daya tahannya.

Bahaya penyakit seperti serangan jantung boleh dikurangi kerana bersenam menyebabkan jantung kita bertambah kuat. Jantung yang cergas mampu melakukan kerja yang lebih daripada jantung yang kurang cergas. Contohnya jantung yang cergas mampu mengepam darah 25% lebih banyak daripada jantung yang kurang cergas. Sebab itulah orang yang cergas tidak mudah letih atau lesu.

Selain daripada jantung, senaman memperelok sistem kardiovaskular. Senaman dapat mempercepat pembentukan kapilari darah yakni saluran darah yang halus pada tisu-tisu yang aktif. Dengan bersenam lemak dalam saluran darah dapat dikawal daripada menjadi beku. Ia juga memperbaiki sistem pernafasan kita.

Pancaran Bahasa (1994).

1. Soalan Tulisan

1.1 Apakah ayat topik bagi setiap perengan dalam teks ini.

a………………………………………

b………………………………………

c………………………………………

d……………………………………..

 

 2. Soalan Tatabahasa

2.1. Tuliskan enam ayat aktif dan enam ayat pasif.

2.2. Pasifkan ayat aktif dan aktifkan ayat pasif.

 

3. Soalan Kosa kata

3.1 Tuliskan semua perkataan yang ada ber, meN, men-…..-kan dan ke…an

3.2 Tuliskan kata dasar (base word)

3.3 Tuliskan makna perkataan dalam 3.2 dalam bahasa Melayu.

 

 4. Soalan karangan

Pilih satu ayat yang anda suka dan tuliskan dua perenggan dalam sekurang-kurangnya 50 perkataan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s