Tutorial 8 (Week 10)

Baca petikan ini dan jawab soalan berikut (Read the passage and answer the questions below):

CINA

Nama orang Cina biasanya bermula dengan nama keluarga dan diikuti dengan nama kendiri. Nama Lee Ang, pengarah filem seperti Brokeback Mountain, Crouching Tiger Hidden Dragon, Hulk, Sense and Sensibility dan The Wedding Banquet pernah menimbulkan kekeliruan. Beliau dikenali sebagai Ang Lee di Hollywood dan London tetapi Lee Ang di Taiwan, negara asalnya. Jadi, ada pandangan bahawa penggunaan nama keluarga selepas nama kendiri ada baiknya di Barat agar bersebati dengan budaya bahasa di sana.

Pandangan ini tidak semestinya betul kerana ada nama Cina sengaja mengemudiankan nama keluarga agar seturut dengan budaya nama setempat di Asia Tenggara seperti nama orang Melayu, Lao dan Thai.

Nama penulis ini merupakan contoh yang mewarisi etos nama di Nusantara yang kebetulan selari dengan budaya nama orang India dan Maori. Pun masih ada orang Cina yang tetap tidak mengubah corak nama seperti Zhang Yimou yang menghasilkan filem seperti Hero, House of Flying Daggers dan Curse of Golden Flowers selaku pengarah majlis perasmian dan penutup Sukan Olimpik Beijing.

INTERNET

Masalah nama menjadi isu yang sangat rumit di Internet sehingga mengancam nyawa penggunanya (warganet).  Nama hanyalah lambang semiotik digital di alam siber yang mungkin tidak ada asasnya. Tetapi nama digital cukup berkesan untuk memangsakan sesiapa yang tidak berhati-hati.

Seorang remaja lelaki, 17 tahun, dendam pada rakannya. Dia menyamar sebagai ‘Callum’ untuk mengumpan rakannya. Selepas menjalin persahabatan, Callum berjaya mendapatkan maklumat peribadi temannya termasuk perihal hubungan intim yang kemudian disiarkan di Internet untuk mengaibkannya. Kini pendendam siber ini menghadapi kemungkinan hukuman penjara oleh mahkamah Britain.

Ejaan nama, baik lelaki mahupun perempuan, dalam dunia teknologi digital juga berperanan bak rujukan hidup.  Yang mengerikan ialah kemampuan nama orang ghaib ini mempermainkan perasaan warganet dengan memperalat nama manusia.

Ada ungkapan popular: Apa yang ada pada nama. Atau ungkapan Shakespeare bahawa bunga ros yang digelar apa sekalipun tetap harum jua. Ini semua perlu difikirkan semula.  Memang banyak yang tersirat di sebalik nama sama ada dalam komunikasi bersemuka mahupun dalam komunikasi berantara komputer.

Oleh JW Sew  Berita Harian 5 Jan 09  Singapura.

1.  Siapa Lee Ang?

2. Apakah masalah dengan nama beliau?

3. Apa masalah nama di internet ?

4.  Siapa Callum?

5. Mangsa Callum tinggal di mana?

6. Apa akan anda buat jika ditipu oleh Callum?

Buat ayat dengan perkataan-perkataan ini selepas memberikan makna.

7. ungkapan

8. mengumpan

9. perasmian

10. tersirat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s