Kerusi Kaki Tiga

bh_images_sirashid

Here’s an article about NUS’ students for grammar enhancement and reading pleasure.

KERUSI selalunya berkaki empat, tetapi dua mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) menghasilkan sebuah kerusi berkaki tiga.

Namun, kerusi ciptaan mereka, yang diberi nama ‘kerusi #5′ hanya boleh diduduki tidak lebih dari seminit. Jika diduduki lebih lama, ia akan roboh. Ini kerana kerusi itu dihasilkan hanya untuk dipamer.

 

Kerusi itu diberi nama ‘kerusi #5′ kerana ia seakan-akan ‘lima kerusi dalam satu’ jika dilihat dari sudut-sudut berlainan.

 

Hasil kreativiti mereka, pelajar tahun akhir Jabatan Seni Bina itu, Encik Abdul Rashid Adnan dan Encik Samson Tan, meraih anugerah merit dalam pertandingan tahunan kelima FL!P Challenge anjuran Majlis Perusahaan Perabot Singapura (SFIC) 6 Mac lalu.

 

Ditemui Berita Harian, mereka melahirkan rasa gembira di atas kejayaan itu, apatah lagi kerusi dua dimensi (2D) itu hanya berjaya diketengahkan setelah 652 percubaan.

 

Pertandingan ini menarik 69 penyertaan, dengan 17 daripadanya, termasuk ‘kerusi #5′, berjaya melangkah ke peringkat akhir.

 

Dalam pertandingan itu, peserta diberi sebuah kerusi serupa dan mereka dikehendaki membuka dan mengubah suainya mengikut kreativiti masing-masing.

 

Hadiah pertama berupa wang tunai $1,000, piala dan sijil.

 

Ditanya mengenai idea menghasilkan kerusi #5 itu, Encik Rashid, 29 tahun, berkata beliau dan Encik Tan mendapat ilham semasa melihat barangan yang disusun dalam cahaya kelam di Muzium Negara.

 

Menurut Encik Tan, 24 tahun, mereka kemudian mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan rekaan yang diinginkan – kerusi ‘hidup’ di bawah cahaya lampu dengan memberi gambaran berbeza dari setiap sudut.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s