Tutorial LAM3201 30 Aug

Ada warga Internet (netizen) yang meninggalkan pesanan bahawa banyak klip Bollywood boleh dimuat turun secara percuma menerusi telefon bijak ini. Ramai netizen pula kesal dengan sikap yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan iPhone 4. Mereka menyamakan barisan ini seperti sindrom barisan Hello Kitty (cenderamata McDonald’s) yang pernah menjadi pujaan ramai pada suatu masa dahulu. Selain iPhone, kemaruk permainan digital StarCraft siri kedua yang bernama Wings of Liberty turut ketara di sini, terutama di barisan panjang di Funan Centre.

Jualan permainan komputer juga terus memukau peminat di beberapa negara lain di Asia seperti Hongkong yang menyaksikan seorang peminat permainan ini beratur enam hari lebih awal sebelum penjualan permainan. Ramalan bahawa benua Asia akan menjadi pusat generasi digital tidak dapat dinafikan. Sama ada telefon digital seperti telefon bijak mahupun mesin digital yang lebih canggih seperti iPad dan permainan komputer, peminat Asia tidak pernah ketinggalan untuk mendapatkannya. Pernah ada pandangan pakar kaji hari muka (futurologis) dan pakar pendidikan bahawa generasi digital hanya konsep rekaan syarikat komersial. Ia kini suatu realiti.

Tetapi apakah kesannya kepada pemerintah terutama ketika pengundian dan mendapatkan sokongan generasi muda? Ini persoalan berat kerana mungkin ada ‘pesona’ digital yang membuat generasi muda tidak berjejak ke bumi kerana keseronokan melayani kegemaran mereka. Mereka dikhayalkan dengan permainan dan keasyikan menggunakan alat digital. Hal sedemikian memerlukan kajian kerana sedang digital dianggap penentu maju gagal sesebuah negara, ia juga boleh menimbulkan masalah sosial yang baru.

 

1. Soalan tatabahasa [Questions on grammar]

a. Tuliskan kata nama per-, per-…an, & …-an. [identifies nouns with per-, per-…an, …-an, ke-…-an]

b. Apakah bezanya antara kata nama ini? [What are the differences between these nouns]

 

2. Soalan  kosa kata [Questions on vocabulary]

a. Apakah makna   a. rekaan  b. berjejak   c. dikhayalkan

 

3. Soalan kefahaman [Questions on Comprehension]

a. Adakah generasi digital itu rekaan atau realiti?  Berikan sokongan bagi pandangan anda.

b. Apakah makna tidak berpijak ke bumi?

c. Mengapa generasi muda boleh menimbulkan masalah baru?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s