National Day Rally in Malay (excerpt)

RAPAT HARI KEBANGSAAN PERDANA MENTERI SINGAPURA DALAM BAHASA MELAYU DI PUSAT BUDAYA UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA PADA 29 OGOS 2010

 

“Saudara-saudari sekalian,

…Masa depan nampak cerah, tetapi kita masih perlu bekerja keras untuk terus makmur. Rantau ini menawarkan banyak peluang kepada syarikat dan karyawan Singapura. Tetapi, kita juga perlu meningkatkan ekonomi setempat, untuk wujudkan pekerjaan lebih baik bagi pekerja kita di sini. Lagipun, kebanyakan rakyat kita akan sentiasa bekerja di Singapura.

Strategi kita ialah meningkatkan daya penghasilan pekerja kita. Pekerja harus pertingkat kemahiran dan dapatkan kemahiran baru. Pekerja bergaji rendah hadapi tekanan yang paling besar. Di China dan India, ada berjuta-juta pekerja. Mereka sedia terima gaji yang amat rendah – jauh lebih rendah daripada gaji kita. Jika anda inginkan gaji lebih tinggi, jalanilah latihan dengan bersungguh-sungguh.

…Saya tahu sebahagian warga Singapura bimbangkan persaingan daripada pekerja asing di sini. Hakikatnya, sedang pekerja asing bersaing dengan pekerja kita, mereka juga meluaskan peluang bagi kita semua. Dengan pekerja asing, kita boleh menarik lebih banyak pelaburan ke sini, dan projek-projek ini akan mewujudkan pekerjaan yang lebih bermutu untuk warga Singapura.

Selain pekerja asing, kita juga perlukan pendatang yang akan menjadi penduduk tetap (PR) dan warga Singapura, demi menokok bilangan penduduk kita. Kita buka pintu kepada pendatang daripada semua suku kaum, asalkan mereka dapat menyumbang kepada ekonomi kita dan berintegrasi dengan masyarakat kita….”

The above excerpt is selected for learning purposes.

For the full version, see http://www.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Singapore/Story/A1Story20100829-234519.html

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s