Lisan Sudah Selesai

1. Kumpulan satu Kacang Lupakan Kulit

Kumpulan menggunkan peribahasa kacang lupakan kulit untuk menerangkan seorang suami yang tidak berhati perut.

Sepasang Suami Isteri yang saling mencintai antara satu sama lain

 

Suami pada mulanya mencintai isterinya tetapi berubah setelah menjadi kaya. Isterinya pada mula menjual kereta dan meminjamkan wang $30,000 dolar dari bapanya untuk membantu perniagaan suaminya.

 

 

 

Suami yang curang di belakang isteri seperti kacang lupakan kulit

 

Setelah menjadi kaya suaminya lebih berminat dengan seorang perempuan simpanan yang bernama Mary. Akhirnya isteri tertangkap gambar suaminya dengan Mary di Marina Bay Sands. Isteri membuat keputusan untuk meninggalkan suami.

 

 

2. Kumpulan Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

Kumpulan ini menceritakan kisah kakak dan adik perempuan yang sangat berbeza dari segi kelakuan. Kakak rajin belajar dan bertanggung jawab tetapi adik perempuan lebih suka berteman lelaki dan kurang berminat dengan pelajaran.

Seorang kakak cuba memberikan nasihat kepada adiknya yang malas

 

Adik perempuan selalu meminta kakaknya untuk tolong membuat kerja rumah. Kakak pula mengingatkan adik supaya hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

 

 

 

 

 

Adik yang cuba menyembunyikan keputusan ujian yang gagal

 

Walaupun adik perempuan berjanji akan berubah akhirnya dia masih lagi sibuk dengan teman lelaki dan gagal dalam ujiannya.

 

 

 

 

3. Kumpulan Pungguk Merindui Bulan

Kumpulan menceritakan bagaimana Sam yang jatuh cinta dengan Sarah yang cantik. Sam pada mulanya gemuk dan memakai cermin mata seperti ulat buku sangat dibenci oleh Sarah. Sarah yang cantik tidak suka melihat muka Sam di kampus.

Sam yang ingin menyampaikan rasa cinta seperti pungguk merindui bulan

 

Sam seperti pungguk merindui bulan tetapi dia tidak putus asa. Sam terus mendapatkan bantuan dari Facebook dan ibunya.

 

 

 

  

Pasangan ini sama cantik dan kacak seperti pinang dibelah dua

 

Akhirnya Sam bertukar menjadi seorang lelaki yang kacak dan sangat disukai oleh Sarah. Semua ini menunjukkan kalau ada kemahuan seseorang akan berjaya mencapai cita-citanya.

 

One thought on “Lisan Sudah Selesai

  1. Khas untuk pelajar bahasa Melayu peringkat tiga;

    Cahaya bulan di atas titi,
    Terang sekali si Kota Ubin;
    Mengajar tugas sepenuh hati,
    melahirkan bijak dan pemimpin.

    Dengan ingatan mesra, selalu
    J.W. Sew

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s