Ringkasan Blog Pelajar

Semua pelajar telah menyempurnakan blog mereka. Setiap entri esei digital ini disertakan sebuah klip video.

Ada video tentang konsep menyiapkan tugas dengan prestasi terbaik, ada perancangan insaniah, ada konsep kreativiti puisi lama Jepun, ada nilai makan bersama keluarga, ada konsep peluang kedua bagi bekas banduan,  penyesalan daripada pemergian ahli keluarga, ada pengalaman belajar memandu daripada semua pelajar dan ada cara layan orang yang kurang bernasib baik; seperti klip di bawah ini.

 

Rakaman video yang diusahakan juga menarik, ada yang menggunakan teknik drama seperti Pei Shing, Jie Ying, Yew Xiang; ada yang menggunakan teknik monolog seperti Clay, Sarah, ada yang menggunakan teknik wawancara seperti Kelvin, Charis, ada yang menggunakan situasi sebenar seperti Sofiah dan ada yang menggunakan persembahan muzik seperti Brian.

Kebanyakan pelajar menggunakan bahasa Melayu kecuali seorang hanya menyanyikan lagu Hokkien. Lagu Hokkien walaupun seronok tidak menunjukkan kandungan bahasa Melayu. Teknik monolog juga kurang interaktif berbanding dengan teknik drama tetapi masih kurang interaktif berbanding dengan teknik wawancara.

Entri terbaik dalam esei digital ialah entri Kelvin Ho diikuti dengan entri Charis Tan yang menunjukkan gabungan teks dan visual daripada video yang saling melengkapi. Mesej dalam teks mereka matang manakala klip video meningkatkan kadar kefahaman teks serta melahirkan kesan yang mendalam.

Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s