Ujian Lisan

Ujian lisan LAM 3201 telah selamat dijalankan pada hari Jumaat.

Kumpulan Tiga Budak Hitam telah menyampaikan cerita tentang sepuluh orang budak hitam. Pada mulanya, budak-budak hitam suka bermain di tepi jalan sebagai aktiviti merbahaya.

Dalam cerita ini, budak-budak hitam juga bermain panjat-panjat dan tanam-tanam. Selepas mendapat kemalangan satu per satu, mereka yang tinggal akhirnya hendak menjalani kehidupan baru yang lebih baik iaitu bertapa di sebuah gua yang sunyi.

Malangnya kawan mereka datang dan mengganggu mereka dengan bunyi-bunyian termasuk bunyi burung camar. Akhirnya kawan yang bernama tukul ini dimarahi kerana dia seperti ‘rumah siap tukul berbunyi’.

Kumpulan tiga pungguk hitam menyampaikan cerita tentang seorang Mak Cik yang suka mengadu. Dia suka mengadu tentang masalah beratur di pasar, tempat duduk di MRT dan pembakaran kertas colok. Sikap beliau membawa pergaduhan ke mana sahaja dia pergi.

Pada satu hari, dia terjatuh di tepi jalan. Dua orang yang pernah bergaduh dengannya masih datang menolongnya. Akhirnya, Mak cik ini menyedari bahawa amalan hidup yang baik haruslah seperti aur dengan tebing.

Kumpulan ketiga menyampaikan cerita yang menunjukkan sifat-sifat manusia. Cerita bermula dengan seorang yang tamak telah menjadi miskin kerana asyik berjudi. Hidup orang ini seperti kain basah kering di pinggang.asib baik kawannya baik hati dan membantu dengan jujur.

Mereka juga berusaha mencari harta karun di Pulau Mati. Kedua-dua orang ini menunjukkan semangat yang kuat sehingga berjaya mengharungi paya. mendaki bukit dan panjat tangga, umpama simpulan bahasa hati hendak semua jadi.

Malangnya sifat tamak datang semula dan kawan ini meninggalkan kawan baik kerana dia ingin menyimpan kesemua kekayaan yang didapati. Kawan yang hilang itu seperti pagar makan padi. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s